Frequently Asked Questions
Aplikasi MyGeoTranslator adalah satu inisiatif daripada pihak PGN bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data mengguna pakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi program MyGDI.
MyGeoTranslator ialah satu aplikasi yang membantu dan memudahkan agensi kerajaan mengguna pakai standard data geospatial yang terkini bagi perkongsian data GIS di antara agensi-agensi kerajaan. MyGeoTranslator membolehkan pengguna melakukan pemprosesan data geospatial secara dalam talian seperti; ( I. ) Modul Muat Naik - membolehkan pengguna untuk muat naik data ke dalam aplikasi untuk diproses. ( II. ) Modul Format Data - membolehkan pengguna untuk menukarkan satu format data GIS kepada satu format data GIS yang lain. ( III. ) Modul Transformasi Koordinat - membolehkan pengguna untuk membuat penukaran pelbagai sistem koordinat, transformasi datum dan unjuran. ( IV. ) Modul MS1759 - penukaran struktur data mengikut struktur MS1759-Geographic Information/ Geomatics - Features and Attribute Codes. MS1759 merupakan kaedah pengekodan fitur dan atribut yang memudahkan penstrukturan maklumat geospatial. Maklumat geospatial yang disimpan secara berstruktur dan seragam akan memastikan perkongsian menjadi lancar dan teratur. Sebagai contoh: Kod Fitur TA0060 merujuk kepada fitur JALAN. Oleh itu, agensi yang ingin berkongsi/menyimpan maklumat geospatial akan menggunakan kod fitur yang sama iaitu TA0060 yang merujuk kepada fitur JALAN. ( V. ) Modul Geocoding - membolehkan pengguna menukar maklumat address (alamat) ke dalam bentuk data spatial yang mempunyai kordinat X dan Y dan mempunyai 2 proses iaitu Forward Geocoding dan Reverse Geocoding. (1) Forward Geocoding membolehkan pengguna menukar maklumat address ke dalam bentuk data spatial yang mempunyai kordinat X dan Y. (2) Reverse Geocoding membolehkan pengguna menukar maklumat koordinat X dan Y untuk menghasilkan maklumat address. ( VI. ) Modul Unique Parcel Identifier (UPI) - membolehkan aplikasi memadankan (matching) atribut yang berkaitan untuk menghasilkan struktur Kod UPI FT (Hak Milik Kekal), Kod UPI QT (Hak Milik Sementara) dan UPI STRATA yang baru ke dalam struktur attribut yang sedia ada. ( VII. ) Modul Paparan Data Spatial - membolehkan pengguna overlay data yang telah diproses ke dalam pelbagai pilihan basemap. ( VIII. ) Modul Malaysian Geospatial Metadata Standard (MGMS) - membolehkan pengguna untuk membuat pengisian metadata bagi data yang terdapat di agensi pengguna. Menyediakan template metadata yang baharu berdasarkan dokumen Malaysia Geospatial Metadata Standard (MGMS) dengan merujuk kepada template ISO 19115:2014.
Agensi kerajaan yang telah berdaftar melalui aplikasi MyGeoTranslator.
Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome,Microsoft Edge, Mozilla Firefox
Tidak, aplikasi ini percuma untuk semua agensi kerajaan mengendalikan data GIS
Ya, agensi kerajaan yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini hanya perlu mendaftar di laman https://mygeotranslator.mygeoportal.gov.my. Kelulusan secara automatik akan terpakai kepada pemohon yang menggunakan email kerajaan.
Metadata adalah 'data mengenai data'. Ia adalah maklumat yang menerangkan mengenai data/ maklumat/ perkhidmatan sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan seperti siapa, apa, bila, dimana, kenapa dan bagaimana mengenai produk tersebut. Metadata adalah sebagai penyampai maklumat mengenai sesuatu produk/perkhidmatan.
Data yang dimuat naik akan disimpan di dalam aplikasi ini dan akan dipadam secara automatik selepas tujuh hari, walaubagaimapun pengguna boleh memadam terus data tersebut secara manual dalam modul semakan data
Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah – Unique Parcel Identifier (UPI) merupakan satu kaedah mengenal pasti lokasi petak tanah yang mengandungi satu siri nombor unik untuk negeri, bahagian/daerah, mukim/bandar/pekan, seksyen dan nombor lot.
Tidak, data yang dimuatnaik tidak akan didedahkan kepada agensi dan orang awam.
MS1759 merupakan kaedah pengekodan fitur dan atribut yang memudahkan penstrukturan maklumat geospatial. Maklumat geospatial yang disimpan secara berstruktur dan seragam akan memastikan perkongsian menjadi lancar dan teratur.
Pengguna boleh melayari Aplikasi MS1759 melalui pautan: http://ms1759.mygeoportal.gov.my/ms1759v3/index.php. Selain itu pengguna juga boleh membeli dokumen Malaysian Standard MS1759:2015, Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes melalui Jabatan Standard Malaysia.
Maklumat yang mengenal pasti, menggambarkan, atau menerangkan kedudukan geografi, sempadan atau ciri-ciri penduduk serta semula jadi atau fitur yang dibina di atas permukaan dan bawah permukaan bumi.
Pihak PGN ada menyediakan latihan aplikasi ini dan bagi agensi yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Pengarah PGN.
Pengguna boleh melaporkan isu atau kesulitan semasa mengakses aplikasi pada pautan maklumbalas di paparan utama aplikasi